BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 5, 2010

Tiga Bayi yang bercakap

Dari Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Nabi bersabda:"tidak seorang bayi pun yang dapat bercakap kecuali hanya tiga orang sahaja, iaitu Nabi Isa bin Maryam, bayi di zaman Juraij dan seorang bayi lain. Adapun Isa bin Maryam telah kamu ketahui kisahnya. Juraij adalah seorang ahli Ibadah di zaman bani Israel. Beliau mempunyai seorang ibu yang selalu rindu padanya.

Pada suatu ketika Juraij sedang bersolat dalam rumah ibadatnya, ibunya datang memanggilnya. Panggilan ibunya itu tidak disambut bahkan dia berkata:"Ya Tuhan solatkah yang lebih baik ataukah aku melihat ibuku?" Juraij meneruskan solatnya. Kemudian ibunya berulangkali memanggilnya sebanyak tiga kali. Namun Juraij tetap meneruskan solatnya. Sehingga ibunya marah dan berdoa:"Ya Allah jangan engkau matikan Juraij sebelum tergoda oleh seorang pelacur."

Waktu itu ada seorang wanita pelacur yang berkata:"Aku akan cuba merayu Juraij sampai tergoda olehku." Kemudian pelacur itu berusaha menggoda Juraij namun godaannya tidak berjaya. Kerana itu, ia pergi ke seorang petani dan berbuat hubungan yang keji dengannya sehingga hamil. Setelah ia melahirkan seorang anak ia berkata kepada orang ramai bahawa bayi itu adalah hasil hubungan sulit dengan Juraij.

Ketika orang-orang itu mendengar fitnahan pelacur itu mereka segera bangkit dan mengejar Juraij serta menghancurkan rumah ibadatnya. Kemudian sebaik sahaja bayi itu dihadapkan pada Juraij beliau bersolat dan berdoa kepada Allah. Kemudian beliau menunjuk kepada bayi tersebut sambil menanyakan:"hai bayi siapakah ayahmu yang sebenarnya?."

Bayi itu menjawab:"ayahku seorang petani."Waktu  orang ramai itu mendengar jawapan dari bayi itu mereka menyesal sekali atas perbuatan mereka. Kerana itu mereka berkata:"Kami akan dirikan lagi sebuah rumah peribadatanmu dari emas atau perak." Tawaran itu semua ditolak oleh Juraij kecuali mengembalikannya seperti semula.

Adapun bayi lain ialah seorang perempuna yang sedang menyusuui bayinya. Kemudian ada seorang lelaki dari kaum bangsawan yang berjalan. Ibu bayi tersebut berdoa: "Ya Allah bayiku ini seperti orang itu." Bayi tersebut menjawab:"Ya Allah jangan aku Engkau jadikan seperti orang itu."

Selanjutnya ketika ada seorang wanita lalu, Wanita itu difitnah orang bahawa ia adalah seorang pencuri dan pelacur. ibu bayi tersebut berdoa:"Ya Allah jangan engkau jadikann bayiku ini seperti wanita itu." Jawab bayi itu segera:"Ya Allah jadikan aku seperti wanita itu."

Kemudian ibunya bertanya:"Apakah sebabnya ia berkata demikian?" Bayi itu menjawab:"Pemuda itu ialah seorang yang zalim aku tidak ingin menjadi seorang yang zalim, sedang wanita itu adalah seorang yang difitnah berbuat zina dan mencuri padahal dia bukan seorang pelacur ataupun seorang pencuri dan ia hanya berkata:"Cukup bagiku Allah yang melindungiku."

0 comments: