BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 3, 2011

Ya Allah. Ya Rabbi

Pernahkah kita terfikir..
Betapa sygnya Allah dgn kita..
Betapa kasihnya Allah dgn kita..

Tp pernahkah kita memberikan
kasih dan syg kita kepada Nya??
pernahkah??
kita sibuk dgn cinta manusia dan harta benda
smpi kita terlupa pada Nya.

Pernahkah kita terfikir..
Betapa Allah sentiasa mmbuka peluang
dan memberikan apa yg kita mahukan
dengan bersungguh2.. Allah memberi peluang
Hidup dan mmbuat kita berjaya..

Tp pernahkah kita memberikan
peluang dan apa yg Allah inginkan??
kita tidak memberi Allah peluang
untuk memberikan hikmah dlm stiap ujiannya..
kita tidak mnunaikan sgala perintah Allah
seperti yang diinginkan Nya..

Pernahkah kita terfikir..
Betapa Ingat nya Allah dgn kita..
Betapa Allah sentiasa menjaga kita
betapa byknya kemudahan yg Allah
berikan..

Tp pernahkah kita mengingati Allah..
Kita tidak menjaga NYA tetapi dia sentiasa
menjaga dan melindungi kita..
kita tidak dpt memberi kemudahan kepada NYA
tetapi dialah yg memberi segala Nya.

Pernahkah kita terfikir..
Ibu Bapa yg Allah kurniakan amat berharga
untuk kita..
Jikalau DIA mengambil salah seorang atau kedua2 nya
pasti ada hikmah di sebaliknya..
Jikalau DIA memisahkan keduanya
jgn lah bersedih..
Kerana Allah punya aturan sendiri..

Tp mengapa kita msih sentiasa menyalahkan Allah?
mengapa?
sedangkan Dia yg memberi
maka Dia berhak mencabutnya kembali..
siapa kamu untuk menyalahkan NYA?!
siapa?

Pernahkah kita terfikir..
mengapa kita tidak sesempurna org lain..
Mengapa Allah menjadikan kita
kurang daripada org lain??
kerana Allah SAYANG dengan kamu!
sedangkan kelebihan2 yg Allah kurniakan itu merupakan
satu ujian utk org yg memilikinya.
Allah juga ingin menguji,
sejauh mana keimanan kita.
kerana Allah tahu
hanya org2 yg sabar dan mampu
akan memikul ujian2 berat yg ditimpakannya pada seseorang itu.
Allah tahu...

Tp mengapa kita tidak redha dan bersyukur?
ini krn kita msih sombong dan angkuh!
kamu tidak mahu rasa terhina.
sedangkan hina di mata mnusia itu tidak memberi apa2!
sedangkan hina di hadapan Allah lah
yg akan membuat kamu mndpt seksaan
di neraka kelak.
biarlah kita hina di mata manusia
kerana smua manusia itu cuma HAMBA kepada ALLAH
yg MAHA Berkuasa..
Sedang Dialah Pencipta.
Adalah SANGAT LEBIH mulia untuk
dimuliakan oleh Allah..

Oleh itu,bersyukurlah atas apa yg ALLAH beri..
Sujudlah dgn penuh kesyukuran kepadanya..
Menangislah atas rasa Kehambaan..
Sesalilah atas dosa2 yg kita lakukan kepada Nya.
Berterima kasihlah kepada ALLAH..
Sesungguhnya kita tidak sedar..
Sesungguhnya kita lalai dan leka..
bahawa Allah sentia mengawasi, melindungi dan menyayangi kita.
Sedang Allah buat apa sahaja yg kita minta.
tp kita tidak mampu memberikan apa yg diinginya..
kenapa?
kenapa?
kenapa?
Wahai KITA smua umat manusia yg HINA!
berusahalah untuk memuliakan diri mu di hadapan mnusia
Kmu tidak akan mendapat apa2.
TETAPI jikalau engkau memuliakan diri mu di hadapan Allah
Allah akan memberikan ganjaran syurga dan kerdhaan-Nya.
Bertaubatlah kita..
ucapkan lah lafaz penyesalan dlm hati kita..

Jikalau kamu berjalan kepada Allah,
Allah akan berlari kepada kamu!
Betapa sygnya Allah dgn kita..
Betapa kasihnya Allah dgn kita.

Ampunkanlah kami ya Allah.
Sesungguhnya kami manusia yg
sentiasa lalai dan terlupa.
Hapuskanlah dosa2 kami ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengampun
lagi Maha Penyaynag.

0 comments: