BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 8, 2012

Who am I?

Who am I?
I am a human that created by Allah..
Created from the sand..
From not exist to exist,
From a small sperm to a human form.

Who am I?
a person that have NOTHING..
Have so many weakness..
Feel pain,happy and sad.
Always trying to be a somebody,
among human but not their Creator.

Who am I?
human that willing to make promises with Allah.
Even mountain cannot except that promises..
A promises that when good,Allah reply good.
When bad,Allah reply bad..

Who am I?
a creation that have both knowledge and lust.
a creation that always forgot.
Always sleep,eat and speak..

Who am I?
a creation  that Allah give a test..
big or small.
some are patience..some are not.
Some give in and some give up!

Who am I?
a person that never satisfied!
never feel bless..
Even though Allah give them what they deserve..
He know everything..
But I am a human that always complain..

Who am I??
Who?
Who?

SubhanAllah!
Walhamdulillah!
Walaillahaillallah!
walAllahuakbar!

Astaghfirullahal'azim..

May Allah forgive our sins~
May Allah forgive us..

Tuesday, January 24, 2012

Buka Minda Buka Hati..FIKIR!

Assalamualaikum..
Hem,lama juga ana tidak update blog yg ini..Mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia dan mungkin juga terlalu lalai dalam melayan semua persekitaran hidup..moga diampunkan segala kelalaian ana..
Ana juga bukanlah seorang manusia yang sempurna..sering dan boleh dkatakan hari2 melakukan ksilapan dan dosa..Ana sbenarnya berasa rendah diri atas sikap ana yang sering tidak dapat melwan nafsu ana sendiri.. kerana kadang2 ana juga seorang remaja yang sering terpengaruh dengan budaya sekeliling ana yg membuatkan ana malu dengan diri ana sendiri...Mungkin orang tidak tahu apa dosa2 dan ksilapan ana..tp sesungguhnya Allah SWT maha mengatahui dan menghitung stiap kesalahan ana..Moga diri ini diampunkan oleh yg Maha Pengampun dan Penyayang..Biarpun diri ini inginkan nikmat syurga tp tidak layak memilikinya namun diri ini tidak mampu menanggung pembalasan neraka itu..

Ok! sudah..cukup tentang ana..Hari ni mari kita cerita tentang isu2 yang sering menjadi keraguan, Mungkin jikalau tersalah,sila betulkan ksilapan ana..tp ana mendapat dari bbrapa sumber,cuma belum tentu sahihnya kan?cuma,mari kita cuba buka hati,buka minda dan fikirkan..Akal itu,bukan Allah berikan tnpa kgunaan..

*Keraguan tentang rebonding rambut dan keriting rambut:
-Baik lah,sebahagian ulama mengatakan haram..tetapi sebahagian lagi mengatakan harus..Ianya harus kerana rebonding rambut dan keriting rambut ini tidak kekal kesannya..Ianya hanya sementara..bukan seperti pembedahan plastik..Ianya juga dkatakan haram kerana dkatakn mengubah ciptaan Ilahi..Tetapi, sebahagian manusia itu,punya kelemahan sendiri..Contohnya seperti seorang isteri yg rambutnya terlalu kasar dan keriting..sehingga suaminya tidak suka mmandangnya kerana rambutnya,maka itu wajarlah atau harus untuk dia meluruskan rambutnya..Begitu juga apabila rambutnya terlalu nipis sehingga nampak kulit kepalanya,maka wajarlah atau harus untuk dia mngeritingkan rambutnya..Cuma,kadang2 hal ini disalahgunakan..sudah lurus rambutnya,diluruskan lagi macam papan..hihi..sudah keriting,dkeritingkn lagi mcm rambut afro tu kan.. huhu..

*Keraguan tentang tudung Selendang:
-Alahai wanita,suka sangat nak ber fesyen kan..lilit sana dan sini..hihihi..ok,tudung selendang itu tidak salah..ianya seperti tudung2 biasa..boleh pakai..siapa kata tidak boleh? Ianya itu menjadi tidak boleh apabila tidak mngikut cara bertudung dalam Islam..sma la macam tudung2 lain..Selagi kepala hingga ke dada tertutup, maka..mnutup aurat lah ia dengan memakai cara brtudung yg sah..

*Boleh ucapkan selamat perayaan kah sama yg bukan Muslim?
-Terang2 ana katakan, TIDAK BOLEH...Kerana perayaan2 suatu agama itu,ada maksud tersendiri dalam penyembahan pada Tuhan kepercayaan mereka..Seperti Krismas itu,mengingati kelahiran Tuhan mereka Jesus..apabila kita mngucapkan selamat,maka kita sperti mnyambutnya..

*Halal makanan..
-Sudah Terang lagi Bersuluh! kalau ada tanda halal Jakim,maka pasti halal nya..jangan tanda halal lain sebab ada tanda halal yg tidak diiktiraf..tapi ada juga makanan yg tidak mngandungi tanda halal seperti coklat..Tpi coklat halal sbenarnya tetapi ada sebahagian sahaja yg tidak halal iaitu yg mmpunyai tanda merah pada kulit plastiknya :)

*Facebook atau laman2 sosial lain boleh guna ka?
-Boleh! semua alat komunikasi boleh digunakan..selagi ianya dgunakan pada arah yg btul! biarpun orang yahudi yg mnciptanya,selagi ianya dgunakan untuk berkomunikasi atau dakwah,Pasti lagi bagus kan? hihi

Hem..stakat ni,tu ja ana terfikir..nnti ana post lagi yg lain ok? :) InsyaAllah~

Tuesday, December 13, 2011

Jadi perempuan itu senang?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising


Perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa


Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan?
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?


Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, 
ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil


Kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.


Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,
ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 
'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?


Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?


Betul syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?


Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan


Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu


Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?


Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, 
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?


Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni :


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."


(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan? oh perempuan, sedarlah betapa sayangnya Allah padamu. betapa cintanya Allah padamu. tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah


copy paste from kak myzra :)

Tuesday, December 6, 2011

Munafik?

Apa kita akan kata jikalau seorang hamba Allah mngatakan kita seorang munafik?
Apa kita akan lakukan?
Kita hendak mnjerit padanya?
Kita hendak mnengking padanya?

Jikalau kamu bukan la hamba Allah yang munafik,
kenapa perlu marah jikalau dikatakan munafik?
knp perlu mnengking?
Sedang seorang hamba Allah yg beriman dan bertakwa itu adalah seorang yg merendah diri..
Jikalau kamu marah dikatakan munafik,bmkna sbnrnya terselit dlubuk dihatimu
 mmbuat pngakuan bahawa mmg kamu seorang munafik..

Cuba katakan ayat"kamu seorang munafik"pada seseorang.
Apakah reaksinya..
Jikalau dia mngiyakannya dan berusaha berubah,itulah sbnr mnusia yg BerIman..
Dia mnyedarinya dirinya dimana di Mata Allah..
Dia b'usaha untuk mnanganinya..
Dia berasa kerdil dan hina..dan berusaha mndptkan redha Allah..
SubhanAllah..Maha suci Allah..
moga kita tergolong dlm org2 yang beriman..
dan terhindar dari mnjadi seorang Islam yg Munafik..
moga Allah mngampunkan dosa hamba2 Nya ini..
Sesungguh nya diri ini hina dan kerdil ya Allah..
tiada tempat kmi berserah kcuali pada Mu ya Allah..

Cuba lihat diri kita smula wahai sahabat..
di mana kita?
kita fikir kita sudah dekat dgn Allah?
jgn terlalu sombong mngatakan kita sudah amat dekat pada yg Esa..
pdahal kita jauh terpesong dari Nya..Nauzubillah..
Moga Allah mengampunkan hamba2 Nya ini..
Ampun kami ya Allah..
Engkaulah yg Maha Pengasih lagi Maha pnyayang..

Saturday, September 24, 2011

Awaken.

Last Time,I realize
I have so many sin..
I have done many wrong thing..
I had hurt someone feelings..
I had forgot something I promise..
I had hearing and seeing bad thing

Today,I realize..
It me who must change..
It me who must speak..
It me who must believe..
It me who must think..
It me who must AWAKE and change!

Tommorow, I realize..
We make a change..
We forgive..
We stop violent..
We love each other..
We care..
We believe..
We Think..
We prevent..
and WE're UNITED!

Please..Stop war..Stop violent..Stop anger..
Please..United is the best..
Please..we need peace..
Please..give mercy to our brother and sister who had to face war..
Please..be united to fight again ENEMY who want to destroy ISLAM!
STOP IT!
STOP WAR!

Monday, August 8, 2011

Jatuh Cinta atau Jatuh Nafsu?
www.iluvislam.com
Oleh: tajulrijalannuar
Editor: Rasailul Ashwaq


Kata orang barat  "What's the fuss all about?"


Hari ini saya ingin mengajak saudara meneliti permasalahan ummat yang berlaku kini khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam meniti hakikat kehidupan.


Permasalahan mengikut usia.


Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah bagi golongan muda adalah mengenai hubungan atau percintaan. Masalah kepada mereka yang sudah berumah tangga lebih kepada permasalahan daipada aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Mereka yang berada dalam kategori kepimpinan pula permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan, tidak kira sama ada daripada golongan ‘ikan bilis' hinggalah ke ‘jerung besar' dan daripada parti Islamik, komunis, sosialis mahupun sekularis.



Melihat kepada rancangan televisyen, dapatkah anda  menilai betapa banyaknya filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan mengenai cinta sesama manusia? Dalam ruangan akbhar pula, akhbar manakah yang tiada ruangan kaunseling cinta? Berapa banyaknya majalah yang menerbitkan tentang hubungan sesama manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah? Cuba anda lihat pula pada diri anda sendiri atau setidak-tidaknya pada mereka yang sebaya dengan anda. Berapa ramaikah di antara mereka yang  mempunyai kekasih pujaan hati? Jawapannya bukan sahaja ada, bahkan terlalu banyak dan barangkali sudah menjadi darah daging!




Bermula mungkin daripada persahabatan, lewat sistem pesanan ringkas (SMS) atau facebook. Setelah beberapa lama, pertemuan diatur. Kemudian, keluar berdua-duaan. Malu-malu. Segan-segan. Selepas itu, bermulalah adegan ayang-ayang, anje-anje. Mula berpegangan tangan. Perhubungan ini diisi dengan madah cinta yang sangat romantis.

Cinta suci...



Cinta agung...


Semoga perhubungan diberkati dan kekal...


Setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga dan mungkin pula daripada berpegangan tangan mula melangkah lebih maju dalam keadaan yang tidak baik.


Malaysia Boleh katakan...


Di akhir cerita lahirlah anak luar nikah. Paling tidak, kehormatan diri sudah tergadai atau mungkin hampir tergadai. Barangkali situasi ini tidak berlaku kepada semua pasangan tetapi hal ini berlaku hampir kepada semua.


Kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja, betul? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan banyak kerenah. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung'. Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.

Lihat pula kepada perbualan harian mereka.



"Kenapa dia tak call aku hari ni?"


"Dia suka aku ke tak? Sayang aku ke tak?"


Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya dengan tak malunya sila duduk di sebelah mereka yang sedang berpacaran dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3.


Sekarang harap anda mula melihat dengan jelas. Sejujurnya hal ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan muda-mudi kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini remeh.



Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta. Cinta bukan Tuhan!



Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan pancaindera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cuma satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redaNya. Sayang... Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak sedar kita telah terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.



JATUH CINTA
atau JATUH NAFSU?



Bukankah sudah jelas dalam al-Quran dinyatakan bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang baik pada pandangan kita?


Berpegangan tangan. Bercumbu mesra. Peluk-memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah-kalimah yang manis puji-memuji. Kadang-kadang siap berdoa supaya kasih akan terus berkekalan. Poorah! Bila sudah perut membesar, barulah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawa "abang-abang besar" suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.


Haq dan batil tidak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah reda dengan tindakan kita? Sepatutnya kita melihat melalui kaca mata al-Quran yang sudah terang haq dan batilnya. Bagaimana indah sekalipun jika yang batil itu dicantikkan oleh syaitan, kita tetap akan sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan, betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan itu.



Berhenti dan
Periksa diri Anda.



Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.





Untukmu Adam dan Hawa
www.iluvislam.com
Dihantar oleh:
Muslimah single93

Editor: Nor Adrenaline
 
 
 
Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
 
Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
 
Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
 
Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
 
Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
 
Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
 
Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.



Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
 
Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
 
Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
 
Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
 
Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




  



 




DAN












Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.